E-Learning Nota Ringkas Subjek Geografi Tingkatan 1
14 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13/04/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas subjek Geografi kepada 3 pelajar sekolah. Sub topik pembelajaran pada latihan ini lebih menekankan dalam aspek eksperimen dalam geografi. Kemahiran mengeksperimen tidak hanya penting dalam geografi, tetapi juga dalam pembelajaran saintifik di kalangan pelajar. Melalui proses ini, pelajar diberi peluang untuk mengamalkan pemikiran saintifik, mengaplikasikan konsep yang dipelajari, dan mengembangkan kemahiran praktikal. Dengan melakukan eksperimen, pelajar dapat melihat hubungan sebab dan akibat secara langsung, meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep geografi, dan mengalami pembelajaran aktif yang berkesan.
Kelas geografi ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Akhir dari aktiviti ini para pelajar dapat menimba pengalaman yang baru serta menajamkan lagi ilmu geografi mereka didalam pelajaran di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: